Budaya

Wednesday, August 18, 2010

Manfaat Mempelajari Seni Silat...


Pada zaman sekarang, ketenteraman masyarakat yang tidak aman semakin membimbangkan penduduk tempatan. Banyak kes jenayah yang berlaku, terutamanya golongan wanita yang sentiasa menjadi sasaran jenayah dan mangsa. Oleh itu, golongan remaja khususnya digalakkan untuk mempelajari seni mempertahankan diri supaya dapat
menyelamatkan diri dan juga orang yang kita sayangi ketika perkara yang tidak diingini menimpa diri kita. Mempelajari seni silat dapat meningkatkan kewaspadaan dan kepekaan seseorang terhadap perubahan persekitarannya.

Seterusnya, mempelajari seni silat yang merupakan salah satu jenis seni mempertahankan diri baik untuk
kesihatan kita. Mempelajari seni silat merupakan senaman yang melibatkan banyak pergerakan badan. Kita akan banyak berpeluh selepas itu. Senaman ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan kita malah membantu dalam membuang sisa toksik dalam badan kita melalui berpeluh.

Faedah ketiganya ialah
pembentukan jati diri serta pemupukan semangat dan minat yang mendalam terhadap dunia silat. Misalnya, wujudnya 5 pantang-larang bagi membina jiwa yang berwibawa dan bermaruah dalam seni silat kalam. Antaranya ialah tidak boleh menderhaka kepada ibu dan bapa, tidak boleh menderhaka kepada abang dan kakak, tidak boleh menderhaka kepada segala Guru yang mengajar kebaikan, tidak boleh menderhaka kepada semua Ahli Kalam Utama serta tidak boleh mencaci segala rupa silat yang lain. Segala pantang-larang ini mengajarkan pengamalnya bersikap baik dan menerapkan saling hormat menghormati sesama insan di kalangan pengamalnya.

Selain itu, kita patut mengamalkan seni silat yang merupakan
warisan bangsa. Sejak zaman dahulu, orang Melayu banyak mengamalkan seni silat. Mereka menjadikan seni silat seni mempertahankan keselamatan diri mereka mahupun menggunakannya dalam membalas serangan musuh dan mempertahankan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, wira terkenal pada Zaman Kesultanan Melaka, Hang Tuah mahir dalam seni silat. Seni silat ini telah lama wujud di dunia ini dan itulah kewajipan generasi muda untuk mewarisi dan mengekalkan tradisi ini agar seni silat dapat diajarkan kepada generasi yang akan datang dan tidak akan lenyap. Jika tidak, dalam majlis perkahwinan Melayu tidak akan dapat menyaksikan persembahan silat lagi dan generasi akan datang tidak akan tahu apanya itu seni silat.






Disediakan oleh,
Liew Chee Ying 207093

10 comments:

  1. jika dibandingkan silat dan taekwondo,adakah silat lebih baik dr taekwondo ?

    ikuti blog penderaan kanak-kanak kami di akusosial.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya takde bezapun dua baik dan mempunyai kelebihan seperti silat ada dua jenis benteng diri dan silat warisan manakala taekwondo mempunyai 1 jenis sahaja

      Delete
    2. dekat 11 tahun reply nya wakaka

      Delete
  2. Persoalan ini adalah terpulang kepada pandangan masing-masing. Kedua-duanya adalah seni mempertahankan diri, boleh mempertahankan keselamatan diri kita dan memanfaatkan orang yang mempelajarinya.

    ReplyDelete
  3. terbaik punya ;) proud to be an indonesian #YOLO
    #tiko

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu sumber rujukan tuan ?

    ReplyDelete